Wawa Wahid Enterprise kini ditahan polis

0

Wanita yang sempat menjadi fenomena dengan trademark “aku wawa wahid enterprise” sejak 17 Jun lalu kini ditahan remn selama dua hari bagi membantu siasatan selepas didakwa mengugut anggota polis di dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kepayan.

Wanita berumur 34 tahun tersebut ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, disini jam 11:20 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Aisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh wanita tersebut bersama telefon bimbit, kad pengenalan kereta beserta kunci kenderaan bagi membantu siasatan lanjut.

Polis juga turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas sewaktu kejadian dirakam.

“Ketika insiden itu berlaku, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan menggunakan cukai jalan dan insurans yang sudah tamat tempoh, sebelum berlaku kekecohan sehingga wanita tersebut mengeluarkan kenyataan ugutan,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Mohd Zaidi berkata pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi membantu siasatan lanjut.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan sudah meliputi 80% dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.

Sumber : AsiaTimes

Leave A Reply

Your email address will not be published.