Nafi ditahan kerana ambil dadah, netizen bongkar 3 bukti Zarina Anjoulie dicekup Polis.

0

Berikutan tersebarnya berita mengenai penahanan seorang selebriti wanita akibat terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine oleh IPD Nilai, Negeri Sembilan, maka berbondong-bondong netizen melontarkan pandangan dan sangkaan artis mana yang ditahan itu.

Tidak dinafikan kuasa Jabatan Siasatan Jenayah Netizen kali ini jarang mengecewakan. Menerusi forum hiburan di cari.my, rata-rata netizen dapat meneka selebriti tersebut adalah pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie.

Berikut 3 informasi yang telah dibongkarkan oleh netizen yang membuktikan Zarina Anjoulie atau Anju ditahan Polis.

Berusia 34 tahun seperti dalam siaran media pihak Polis

Menurut ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata selebriti itu berusia 34 tahun. Netizen mendedahkan bahawa di laman Wikipedia, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilahirkan 9 September 1987. Tahun ini dia berusia 34 tahun.

Restoran milik ibu Anju di Kampung Chalet Nilai

Dalam kejadian tersebut, pihak Polis menahan artis wanita itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam. Rata-rata netizen mengetahui bahawa Anju sememangnya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan.

Ibu kepada Anju, Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini merupakan pemilik restoran sendiri di Kampung Chalet Nilai yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Lokasi ini menjadi tempat kegemaran Anju untuk buat siaran live di Instagramnya.

Ruangan komen Di Instagram Telah Diserbu Netizen

Menguatkan lagi berita penahanan Anju, diruangan komen pada posting terakhir telah diserbu netizen dan mereka yakin bahawa Anju telah ditahan polis.

Anju pada masa yang sama menasihat pengikutnya agar kekal tenang dan tidak bimbang. Malah dia berjanji akan menceritakan hal sebenar dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh BH Online, suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal pihak Polis.Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Walaubagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.