Zehra Güneş, atlet tinggi lampai Turki menjadi trending di Olimpik Tokyo 2020

0

Zehra Güneş merupakan atlet bola tampar kebangsaan Turki yang paling popular dan mempunyai ramai pengikutnya di media sosial. Manakan tidak, atlet wanita yang tinggi lampai ini menjadi perbualan di Facebook dan Twitter lantaran memiliki rupa paras yang cantik.

Jom kita semak serba sedikit tentang atlet Zehra Gunes rupawan ini.

Zehra Güneş dilahirkan pada 7 Julai 1999 di Kartal, Instanbul Turki. Zehra merupakan atlet bola tampar wanita Turki. Dia bermain di posisi tengah.

Zehra diaunugerahkan Hadiah Istimewa Vestel dari Liga Vestel Venus Sultans 2017-18. Di peringkat domestik Zehra membantu pasukannya menjuarai Liga Juara-juara Wanita CEV 2017-18 bersama pasukan Vakıfbank Istanbul.

Wanita bermata coklat ini dengan tinggi 197 cm dan berat 88 kg, memulakan kariernya dalam bidang sukan ketika berusia 12 tahun lagi. Ketika itu Zehra menyertai kelab bola tampar Turki Vakıfbank juniors.

Bersama VakifBank junior, Zehra memenangi kejuaraan dalam kategori senior dan junior selama 2 tahun berturut-turut. Lantaran persembahannya dan prestasi yang membanggakan, dia dipinjamkan ke pasukan Metropolitan Municipality selama 1 tahun dan bermain di Liga Bola Tampar Turki divisi kedua. Di sinilah dia mengasah bakat bola tamparnya, terutama bakat untuk bersaing.

Baca juga : Skuad bola tampar Turki mengalahkan pasukan pilihan China di Olimpik Tokyo 2020

Di peringkat domestik, Zehra cukup berpengalaman dan sempat bermain dalam beberapa pasukan baik di divisi kedua dan pertama namun akhirnya kembali ke pasukan lamanya di VakifBank SC dan bermain untuk pasukan utama untuk musim 2017/2018.

Baca juga : Gara-gara ziarah kubur, lelaki ini dikompaun RM2000

Di peringkat tertinggi, Zehra mewakili beberapa siri Sukan Olimpik iaitu pada tahun 2015 (Sukan Olimpik Remaja Eropah) dan terkini bersama skuad Olimpik Turki di kejohanan Sukan Olimpik Jepun 2020.

Baru-baru ini pasukan Turki mengalahkan pasukan China dengan skor 3-0 tanpa balas dalam acara bola tampar wanita

Biodata

Nama : Zehra Güneş
Tarikh lahir : 7 Julai 1999
Warganegara : Turki
Ketinggian : 1.97m
Berat : 88kg
Kelab seamsa : VakıfBank Sports Club
Agama : Islam

Zehra Güneş skuad olimpik tokyo 2020

Zehra Güneş atlet bola tampar turki

Leave A Reply

Your email address will not be published.