Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.
Menurut menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan internet serta Pakej Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti mampu milik.
PAKEJ BAHARU YANG DIPERKENALKAN
Antara pakej baharu yang diperkenalkan untuk kemudahan akses ke internet adalah:
1. Pakej Remaja Keluarga Malaysia
2. Pakej Peranti Keluarga Malaysia
PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk:
1. Golongan remaja
2. Pelajar termasuk pascasiswazah
PAKEJ DITAWARKAN
Pakej ini ditawarkan pada kadar :
- RM10 sebulan.
Ia perlu dibayar terus selama tiga bulan pada kadar RM30.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DARI TAWARAN PAKEJ
Pakej ini menawarkan kemudahan:
- Internet 20GB untuk tiga bulan
- Data percuma 1GB selama 90 hari untuk aktiviti produktiviti
- Internet tanpa had
Menerusi pakej ini, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti:
- Penghantaran mesej
- Melayari internet
- Pembelajaran dalam talian
- Aktiviti hiburan
Pelanggan juga tidak perlu menambah nilai setiap bulan dan hanya mendaftar menggunakan MyKad bagi pelajar berusia bawah 21 tahun manakala mendaftar menerusi kad pelajar untuk mereka melebihi 21 tahun.
PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA
Pakej Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada :
- peranti mudah alih dan VoLTE secara PERCUMA.
Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
Nota:
Maklumat lanjut berkenaan cara dapatkan tawaran Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia ini akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat maklumat baharu daripada KKMM.
Add comment