Bantuan tambahan RM50 – RM200 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia mulai bulan Mei ini. Inisiatif ini, yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah MyKasih, bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM50 – RM200
Kerajaan MADANI telah melaksanakan pemberian Sumbangan Asas Rahmah sebagai bantuan tambahan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah. Hanya penerima bantuan STR sahaja berkelayakan menerima insentif tambahan SARA ini.
Bermula bulan April, penerima berstatus bukan miskin dan golongan B40 turut akan menerima manfaat daripada program SARA ini. Kadar bayaran bantuan yang disalurkan setiap bulan mengikut kategori adalah seperti berikut ;
- Kategori keluarga : RM100 – RM200
- Kategori warga emas : RM50 – RM150
- Kategori bujang : RM50
Nilai bantuan di atas akan dikreditkan secara terus ke dalam mykad penerima STR setiap bulan sehingga Disember tahun ini.
Dianggarkan bahawa inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada lebih daripada 5 juta penduduk Malaysia. Bantuan ini dijadualkan untuk dibayar setiap bulan, bermula dari bulan April sehingga Disember 2025.
Menerusi langkah ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh masyarakat.
Pembayaran bantuan bulanan ini akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak. Proses pengkreditan adalah kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk memastikan bantuan tiba kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat Malaysia menikmati sumbangan ini dengan seadilnya.
Semakan Status Penerima Bantuan Tambahan RM200
Rakyat Malaysia yang merupakan penerima STR pada tahun ini boleh membuat semakan status kelayakan SARA melalui laman rasmi – https://www.mykasih.com.my/
Panduan mudah semakan adalah seperti di bawah ;
- Layari laman rasmi MyKasih
- Klik pada butang ‘Semak Status’
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Maklumat penuh butiran sama ada layak atau tidak akan dipaparkan pada skrin.
Kepada mereka yang layak, bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdekatan. Untuk lebih butiran terperinci untuk kemudahan, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih di apps store telefon masing-masing.