Bantuan eWallet Madani RM50, RM100 & RM200 Setiap bulan

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Bantuan eWallet Madani atau Sumbangan Asas Rahmah adalah insentif yang dikreditkan ke dalam MyKad penduduk Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan, terutama di kalangan bujang, isi rumah, dan warga emas. Setiap penduduk Malaysia berhak untuk membuat semakan status kelayakan menerima insentif khas ini.

Jumlah Bantuan dan Kadar Pembayaran

Kadar bantuan yang diberikan melalui eWallet Madani adalah antara RM450 hingga RM2,100 setahun. Manakala bayaran bulanan adalah RM50, RM100 & RM200, jumlah ditentukan mengikut kelayakan kategori.

Pembayaran akan dikreditkan secara bulanan kepada penerima sehingga Disember 2025. Amaun yang diterima dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian, terutamanya untuk membeli barang-barang keperluan asas.

Siapa yang Layak Menerima Bantuan Ini?

Kategori yang layak untuk menerima bantuan eWallet Madani termasuk individu bujang, isi rumah, dan warga emas. Penerima yang memenuhi syarat kelayakan disarankan untuk membuat semakan status untuk memastikan mereka dapat menerima insentif ini.

Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas, yang merupakan langkah penting bagi memastikan bantuan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya. Jika anda merupakan penerima STR, anda boleh cek secara terus status bantuan MADANI anda melalui laman web – https://www.mykasih.com.my/ dan sekiranya layak, maklumat bayaran akan dipaparkan pada skrin.

Leave a Comment