Bantuan Latihan Perantis (BLP) ; Dapat RM200 Setiap Bulan

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah sebuah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam belanjawan 2025. Inisiatif ini direka khas untuk membantu golongan terjejas yang memerlukan sokongan untuk memperoleh latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.

Dengan sokongan ini, diharapkan mereka dapat berdiri sama tinggi dengan yang lain di pasaran kerja.

INISIATIF BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Kepada yang terlepas pandang, pihak JKM telah sediakan sebuah inisiatif bantuan tunai RM200 sebulan melalui program latihan perantis. Tujuan utama pelaksanaan BLP adalah untuk memberikan bantuan tunai kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran pekerjaan mereka.

Melalui program ini, peserta akan menerima elaun sebanyak RM200 sebulan. Bayaran ini bukan sahaja meringankan beban kewangan penerima tetapi juga memberi insentif untuk mereka mengambil bahagian dalam latihan yang ditawarkan. Dengan bantuan ini, peserta diharapkan dapat memperolehi kemahiran yang diinginkan dan meningkatkan peluang pekerjaan mereka.

Penyertaan dalam program BLP terbuka kepada individu yang berkelayakan yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JKM. Calon peserta perlu mendaftar melalui portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Proses ini direka untuk memastikan bahawa bantuan yang disalurkan tepat kepada golongan yang memerlukan.

Dengan usaha ini, diharapkan agar BLP menjadi platform yang berkesan untuk membantu lebih ramai individu di negara kita dalam mencapai matlamat kerjaya mereka. Bantuan ini ditujukan kepada golongan memerlukan terutama klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari persekolahan serta bekas pelatih / penghuni institusi JKM.

APA KRITERIA MOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS?

Bagi pengetahuan umum, berikut adalah syarat kelayakan (kriteria) bagi permohonan bantuan khas BLP ini ;

  • Warganegara Malaysia sahaja dan menetap di dalam negara;
  • Pemohon berumur 16 tahun keatas sehingga 35 tahun (bersesuaian)
  • Anak-anak penerima bantuan kerajaan atau pekas pelatih / penghuni institusi dibawah kendalian JKM
  • OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti latihan kemahiran yang disediakan.

BILA BOLEH MOHON BANTUAN BLP INI?

Kepada yang berminat, pendaftaran permohonan dibuka sepanjang tahun ini dan akan dibuka sehingga kuota penuh. Untuk panduan lengkap dan cara daftar, anda boleh rujuk laman web rasmi – eBANTUAN BLP

KESIMPULAN

Pihak kerajaan persekutuan telah disediakan pelbagai program dan bantuan sepanjang tahun ini khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Untuk lebih info anda boleh cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan boleh anda mohon.

Leave a Comment