Bantuan MyKad RM200 Sebulan Disalurkan Mulai April

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Dalam usaha untuk membantu golongan bukan miskin dan B40, Bantuan MyKad RM200 sebulan telah dilancarkan pada bulan ini secara berperingkat. Program ini bermula dari April hingga Disember 2025 dan merupakan sumbangan asas rahmah sesi kedua.

Bantuan ini bertujuan memberikan sokongan kewangan kepada keluarga yang berada dalam situasi yang memerlukan.

Siapa yang Layak Menerima Bantuan MyKad RM200 Sebulan?

Program Sumbangan Asas Rahmah atau bantuan mykad ini telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI dibawah Belanjawan 2025. Tanpa perlu kemukakan permohonan, bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini.

Sebelum ini SARA hanya diberikan kepada kategori miskin tegar yang melibatkan sekitar 700,000 penerima sahaja. Bermula fasa 2 April ini, bantuan mykad ini akan memberi manfaat kepada lebih 5.4 juta penerima STR yang berkelayakan.

Bantuan ini khusus untuk golongan B40, iaitu mereka yang tidak dikategorikan sebagai miskin, tetapi masih menghadapi cabaran kewangan. Dengan bantuan ini, setiap penerima akan mendapat bayaran bulanan sebanyak RM50 hingga RM200.

Perlaksanaan Bantuan ini bertujuan untuk memperbaiki taraf hidup mereka dan memberikan sokongan tambahan bagi perbelanjaan harian. Sesi kedua SARA ini telah diperluaskan kepada golongan rakyat pendapatan sederhana, amaun bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit.

Bayaran bantuan MyKad akan dikreditkan secara bulanan, memudahkan penerima untuk merancang kewangan mereka dengan lebih baik. Penduduk yang layak akan menerima maklumat mengenai cara untuk memohon dan mendapatkan bantuan ini melalui saluran rasmi yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Diharapkan inisiatif ini dapat memberikan manfaat yang signifikan kepada golongan yang terlibat. Dengan penyaluran kredit ke dalam mykad dapat lebih memudahkan pengguna untuk menebus bantuan di kaunter.

Kadar Bayaran Bantuan MyKad Mengikut Kategori

Kerajaan telah menetapkan kadar jumlah bayaran bulanan SARA mengikut kelayakan kategori seperti berikut ;

Kategori Keluarga / Isi rumah

  • Miskin / miskin tegar : RM200 sebulan
  • Bukan miskin / B40 : RM100 sebulan

Kategori Warga Emas & Belia bujang

  • Warga emas miskin / miskin tegar : RM150 sebulan
  • Warga emas bukan miskin / B40 : RM50 sebulan
  • Bujang miskin / miskin tegar : RM50 sebulan.

Nota : Untuk kategori bujang B40 atau bukan miskin, tiada sebarang bayaran SARA diberikan bagi kategorin ini. Mereka yang berkelayakan, bantuan boleh digunakan secara terus sepanjang tahun ini untuk keperluan asas.

Semakan Status Penerima Bantuan MyKad

Hanya penerima STR pada tahun ini boleh membuat semakan status kelayakan penerima bantuan mykad secara terus melalui laman rasmi – MySARA. Jika layak, maklumat pembayaran akaun anda akan dipaparkan pada skrin secara penuh.

Adakah Bantuan MyKad Perlu Dimohon Setiap Bulan?

Tidak, sekali anda membuat semakan dan berstatus ‘Lulus’, bayaran akan disalurkan secara automatik setiap bulan.

Apa Berlaku Jika Tidak Gunakan Bantuan MyKad?

Sekiranya anda tidak gunakan amaun bantuan yang diberikan pada bulan ini, baki akan dibawa ke bulan berikutnya. Anda perlu belanjakan amaun bantuan SARA sebelum tarikh luput (setahun).

Berapa Jumlah Bayaran Bantuan MyKad Tahun Ini?

Setiap kategori akan menerima jumlah keseluruhan bayaran SARA yang berbeza seperti di bawah ;

  • Isi rumah miskin tegar : RM2,100 setahun
  • Isi rumah bukan miskin / B40 : RM900 setahun
  • Warga emas miskin tegar : RM1,650 setahun
  • Warga emas bukan miskin / B40 : RM450 setahun
  • Bujang miskin tegar : RM600 setahun.

Kesimpulan Inisiatif

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus bagi membantu golongan memerlukan. Untuk lebih info, anda boleh semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk anda dapatkan.

Leave a Comment