Bantuan Sara Mei 2025 adalah inisiatif yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada penduduk Malaysia yang layak. Melalui pemberian ini, RM50, RM100, RM150, dan RM200 akan dikreditkan ke dalam MyKad mereka berdasarkan kategori kelayakan.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan sambil memastikan penduduk yang memerlukan dapat menikmati bantuan tanpa perlu memohon.
Siapa yang Layak Terima Bantuan SARA Mei 2025?
Untuk makluman umum, seramai 5.4 juta penduduk Malaysia dijadualkan menerima manfaat dari bantuan khas ini. Pemberian akan dilakukan secara automatik, sehingga memudahkan individu yang layak tanpa proses permohonan yang rumit.
Pengagihan ini mengikut kategori kelayakan yang telah ditentukan, memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Hanya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini sahaja layak membuat semakan status SARA.
Kadar bayaran bantuan SARA ini akan kekal dikreditkan setiap bulan bermula April sehingga Disember 2025. Jika anda merupakan penerima STR, semakan status kelayakan boleh dibuat secara terus melalui portal rasmi – https://www.mykasih.com.my/
Maklumat pembayaran SARA akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan jika anda berkelayakan.
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk e-wallet, yang membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasaraya. Dengan penyediaan bantuan dalam format digital, ia bukan sahaja memudahkan penggunaan tetapi juga menggalakkan mereka untuk berbelanja di tempat yang lebih dekat dengan mereka.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia dalam tempoh yang mencabar. Kepada mereka yang terlepas pandang atau tidak gunakan bantuan ini, jangan risau kerana amaun SARA akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan luput dalam masa tempoh setahun.