Program Bantuan JKM 2025
Kerajaan Madani menerusi Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan pelbagai program bantuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Dalam usaha untuk meringankan beban rakyat, pihak JKM membuka permohonan kepada mereka yang terjejas agar dapat memperolehi bantuan yang sesuai.
Jenis Bantuan yang Ditawarkan
JKM menyediakan dua kategori bantuan iaitu bantuan secara bulanan dan one-off (sekali bayar). Bantuan bulanan bertujuan untuk menyokong keperluan asas seperti makanan dan perubatan, sementara bantuan sekali bayar sesuai untuk situasi yang memerlukan sokongan kewangan segera. Melalui program-program ini, JKM berusaha untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terabai dalam saat-saat sukar.
Dibawah adalah senarai ringkas jenis bantuan-bantuan kewangan yang boleh dimohon ;
- Bantuan Warga Emas : (BWE) RM500 Sebulan
- Bantuan Awal Persekolahan : (BAP) RM150
- Bantuan Am Persekutuan : RM100 – RM350 sebulan
- Bantuan Kanak-kanak : RM150 – RM1000 sebulan sekeluarga
- Bantuan Geran Pelancaran (perniagaan) : RM2700 one-off
- Elaun Pekerja OKU : RM450 sebulan.
Permohonan dan Syarat Kelayakan Bantuan JKM
Bagi mereka yang berkeperluan, permohonan bantuan boleh dilakukan secara dalam talian atau secara manual melalui pejabat JKM. Pembukaan permohonan ini adalah terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh JKM.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan mereka yang layak untuk memohon agar dapat menikmati faedah yang disediakan dan mengurangkan kesusahan yang dialami. Untuk lebih butiran dan panduan selengkapnya sila kunjungi laman rasmi – eBANTUAN JKM sebagai rujukan orang awam.