Program Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma Dilanjutkan hingga 2025

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

Dalam usaha untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan, program rebat bil elektrik RM40 percuma kini dilanjutkan hingga tahun 2025. Inisiatif ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu isi rumah melalui sokongan kewangan khususnya kepada yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup. Program ini diperkenalkan secara khusus untuk pelanggan domestik.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma

Inisiatif khas rebat bil elektrik ini adalah sebuah bantuan subsidi kerjaan kepada isi rumah yang berkelayakan di mana bil sehingga RM40 setiap bulan akan ditanggung. Pengguna tidak perlu membayar bil elektrik jika amaun bulanan tidak mencecah RM40.

Program rebat ini memberi manfaat kepada setiap ketua isi rumah, dengan syarat setiap ketua isi rumah hanya layak untuk satu bil elektrik. Ini bermakna, bagi mereka yang berkelayakan, mereka akan menerima rebat yang dapat digunakan untuk mengurangkan jumlah bil elektrik bulanan mereka.

Ini adalah langkah penting dalam memastikan kesejahteraan ekonomi bagi segmen masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagi mereka yang belum membuat semakan, proses pendaftaran bagi program rebat bil elektrik RM40 ini boleh dilakukan dengan mudah melalui laman web rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan anda menyediakan maklumat yang tepat agar proses tersebut berjalan lancar.

Manfaat ini tidak sahaja membantu meredakan tekanan kewangan, tetapi juga mendorong rakyat untuk lebih berdisiplin dalam penggunaan tenaga. Dengan program ini, diharapkan rakyat Malaysia dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Kelayakan Rebat Bil Elektrik?

Program khas ini ditawarkan kepada kategori isi rumah seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah berstatus B40
  • Penerima bantuan dari majlis agama islam negeri
  • Isi rumah disenarai dalam data ekasih dan sistem.

Panduan cara semak kelayakan rebat bil elektrik :

  1. Layari laman web rasmi TNB – https://www.mytnb.com.my/ atau laman rebat kerajaan
  2. Sila masukkan nombor akaun bil TNB
  3. Tekan butang semakan kelayakan pada ruangan yang disediakan
  4. Maklumat kelayakan akan dipaparkan jika anda layak sebagai penerima rebat RM40.

Apa Berlaku Jika Bil Melebihi RM40?

Sekiranya bila anda melebihi RM40, anda hanya perlu membayar baki lebihan tersebut seperti : Jumlah bil RM65, anda hanya perlu bayar RM25 sahaja. Jika amaun bil elektrik anda dibawah RM40 sahaja akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan secara percuma.

Kesimpulan Maklumat

Ramai yang masih tidak tahu dan terlepas pandang berkenaan program seperti rebat bil ini. Program ini sangat membantu dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama golongan terjejas dan memerlukan.

Jangan lepaskan peluang untuk membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk anda dapatkan. Untuk lebih info bantuan, sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk info selengkapnya.

Leave a Comment