Senarai eBantuan JKM 2025 – Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengumumkan senarai bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan pelbagai bentuk bantuan kewangan.
Bantuan ini merupakan keprihatinan kerajaan dalam memastikan mereka yang terjejas oleh pelbagai isu ekonomi dan sosial tidak terpinggir.
SENARAI EBANTUAN JKM 2025
Dalam senarai bantuan JKM, terdapat beberapa program utama yang boleh dimohon. Antaranya termasuk bantuan untuk golongan miskin, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU).
Setiap jenis bantuan mempunyai syarat kelayakan tersendiri dan mekanisme permohonan yang telah ditetapkan. Golongan yang memenuhi kriteria ini disarankan untuk mengambil peluang ini demi meningkatkan taraf hidup mereka.
Antara jenis-jenis ebantuan JKM yang boleh dimohon pada tahun ini adalah seperti berikut :
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
- Kadar bantuan RM150 seorang – RM1,000 sekeluarga sebulan
- Kelayakan mohon berumur 18 tahun kebawah
- Pendapatan isi rumah keluarga dibawah PGK.
BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
- Kadar bantuan RM600 sebulan
- Kelayakan mohon 60 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan tidak melebihi PGK.
BANTUAN GERAN PELANCARAN (GP)
- Kadar bantuan RM2,700 one-off
- Kelayakan adalah individu yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan
- Pendapatan dibawah PGK.
BANTUAN EPOKU (ELAUN PEKERJA OKU)
- Kadar bantuan RM450 sebulan
- Golongan OKU layak mohon
- Pendapatan dibawah RM1,500 sebulan
BANTUAN OKU TIDAK BEKERJA (BTB)
- Kadar bantuan RM300 sebulan
- Golongan OKU yang tidak bekerja atas faktor kesihatan.
BANTUAN ANAK PELIHARAAN (BAP)
- Kadar bantuan RM250 – RM500 sebulan
- Keluarga yang mempunyai tanggungan anak peliharaan (bukan kandung)
- Pendapatan dibawah PGK
BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
- Kadar bantuan RM200 sebulan
- Terbuka kepada belia bujang berumur 18 – 35 tahun
- Tawaran latihan kemahiran sambil bekerja
BANTUAN AM PERSEKUTUAN / AM NEGERI
- Kadar bantuan RM350 sebulan / Am negeri (kadar bantuan mengikut negeri)
- Pendapatan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
CARA MOHON EBANTUAN JKM 2025?
Bagi mereka yang berminat untuk memohon bantuan JKM, maklumat lanjut mengenai proses permohonan dan syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web rasmi JKM atau pejabat kebajikan di kawasan masing-masing. Pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan dengan lengkap bagi mempercepatkan proses permohonan.
Dengan langkah ini, diharapkan bantuan yang disediakan dapat sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Untuk panduan lengkap dan cara daftar bantuan ini, sila kunjungi laman rasmi – eBANTUAN JKM
KESIMPULAN
Sepanjang tahun ini kerajaan menerusi pelbagai agensi telah sediakan inisiatif bantuan kepada rakyat terutama golongan memerlukan. Untuk lebih informasi, anda boleh cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan sesuai untuk didapatkan.